Sunday, October 26, 2014

Lagi Nangka J33

Nangka J33 sepeket RM5.00

Benih Nangka J33
Pagi ni jalan-jalan di Pasar Tani yang terletak di lot parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pusing punya pusing terjumpa gerai menjual Nangka baka J33. Rasanya punyalah manis, terus beli anak benih sepokok. Petang ni nak diubah ke dusun, cuaca pun cantik memang sesuai untuk proses menanam anak pokok.

Wednesday, October 22, 2014

Scarecrow

Sape lagi ensem?
Memandangkan serangan monyet makin menjadi-jadi, tambahan pulak takde jalan penyelesaian, maka terpaksa la cari idea sendiri untuk menghindarkan mereka dari merosakkan tanaman. Fikir punya fikir timbul idea membuat 'orang-orang' dengan harapan boleh menakutkan kawanan sang monyet tersebut yang dianggarkan ratusan ekor. Adakah ianya berkesan? Kita tunggu hasilnya beberapa minggu lagi.

Terung dan Cili Api

Terung dan Cili Api
Cuba pulak menanam beberapa pokok terung dan cili api. Benih main tabur je, bila dah agak besar baru dialih ke batas. Bila la nak mengeluarkan buah ni? Harap-harap cepat membesar, berbunga, berputik dan akhirnya mengeluarkan buah. Tak sabar nak menikmati hasil tangan sendiri.

Mangga Siam King (1 batang)

Mangga Siam King
Benih pokok ni dibeli di nursery jalan seremban - kuala pilah. Tengok macam cantik je... cuba tanam sepokok dengan harapan buah yang akan dikeluarkan menepati kualiti yang diingini.

Dokong Kering (2 batang)

Dokong Kering

Dokong Kering
Spesis ni dikhabarkan paling manis  di antara beberapa jenis dokong. Entah la... cuba dulu baru tau. Selain dokong kering ada juga yang dinamakan dokong air tapi rasanya agak tawar dan kurang enak. Dokong kering adalah yang terbaekkkkk....

Duku (1 batang)

Duku
Dokong dah ada, duku langsat dah ada, langsat dah ada... cuba duku pulak. Macam best jer... benih ini juga dibeli di nursery jalan seremban - kuala pilah.

Sukun 2.0 (1 batang)

Sukun 2.0
Pokok yang lama dah mati dipatahkan monyet.. cuba tanam lagi sebatang, kalau dipatahkan jugak memang nak kena la monyet tu.. ggrrrrrr..... tapi tak kisah la, rezeki masing-masing.. kalau dah ditakdirkan rezeki untuk monyet redha je lah.

Buluh Madu (1 batang)

Buluh Madu khas untuk dibuat rebung
Harap-harap hidup subur dan mengeluarkan rebung... tak sabar nak gulai... hehehe...... khabarnya rebung madu ni sangat enak dan boleh dimakan mentah.

Saturday, October 18, 2014

Kematian Anak Longan Brazil

Daun kering, gugur pastu mati
Mungkin anak pokok ni masih kecil, terlalu cepat ditanam di dusun. Sepatutnya dibiarkan lama sikit dalam polybag. Walau bagai mana pun punca sebenar tidaklah diketahui. Dah ketentuanNya....

Kematian 2 Batang Anak Durian

Dahan tu ada kesan dipatahkan oleh tak tau siapa

Mati Beragan
Telah ditakdirkan begini pengakhirannya, sekarang tengah fikir nak ganti dengan pokok apa pulak. Hmmmm.. pokok nona ok kot...

Ping Pong Dah Berbunga

Bunga

Bunga

Bunga
Harap-harap bunga ini akan berputik dan akhirnya menjadi buah. Adakah ianya akan diserang Sang Monyet? Sudah tentu! Tawakkal je la...

Sunday, September 21, 2014

Duku Langsat (1 batang)

Duku Langsat
Nak jugak cuba bagaimana rasa buah ni. Yang penting kena la tanam dulu, bila berbuah baru boleh rasa... hahaha.....

Labu

Labu
Biji labu ni main tabur je kat tanah bakar tu.. lepas seminggu banyak pulak yang hidup..semoga terus membesar dan mengeluarkan buah. Harap2 tak dimusnahkan haiwan perosak.

Wednesday, September 17, 2014

Delima (1 batang)


26/11/2017_tak besar2 jugak.. huhu...

Delima Merah
Kalau dibuat jus memang sedap... hmmm.. entah bila nak berbuah. Takpe, bubuh cukup baja mesti cepat besar kan.

Pulasan (1 batang)

Pulasan

Durian Belanda (1 batang)

Durian Belanda

Ciku (1 batang)

Ciku

Kelapa Mataq (2 batang)

Kelapa Mataq Hijau

Kelapa Mataq Kuning

Sukun (1 batang)_musnah!!!

Sukun
Baru je tanam dah dipatahkan kera... nasib.. nasib....

Akhirnya... Sukun dalam kenangan... uhuk.. uhuk.. uhuk...

Petai (2 batang)

Petai Padi

Petai Papan

Nangka (2 batang)

Nangka Madu (J33)

Nangka Mastura (CJ/USM2000)

Mata Kucing (4 batang)

Mata Kucing Brazil

Mata Kucing Ping Pong

Mata Kucing Ping Pong

Mata Kucing Ping Pong

Manggis (4 batang)

Manggis Master

Manggis

Manggis Jepun

Manggis (semai biji)

Mangga (1 batang)

Mangga Taiwan

Limau (2 batang)

Limau Kasturi

Limau Purut

Kuinin (1 batang)

Kuini

Kedondong (1 batang)

Kedondong
Baru je tanam dah dipatahkan kera... nasib.. nasib...

Jambu (1 batang)

26/11/2017

Dah beberapa kali berbuah

Tapi asyik kena rembat je...

Jambu Batu
Dahan dipatahkan monyet.. kesian....

Durian (8 batang)

IOI

IOI

IOI

IOI

Musang King

Musang King

Musang King
Musang King

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...