Pembersihan

Langkah Pertama
Hapuskan pokok-pokok hutan atau belukar yang mendiami tanah kita. Gunakan tulang empat kerat andainya anda mampu yang sudah pasti akan mengambil masa yang panjang. Kalau nak cepat dan pantas biasanya tuan tanah akan sewa JCB, biar dorang je yang kerjakan... kita tau siap aje. Sewa harian JCB dalam linkungan RM400.00 - RM450.00. Berapa hari nak sewa bergantung pada kepadatan hutan belukar dan keadaan tanah. Boleh runding dengan tuan punya JCB, tuan tanah cuma tau semuanya selesai. Nak tau apa maksud "JCB"? Info seperti di bawah:

"JCB is an abbreviation of "Joseph Cambell Bamford", a British manufacturer of heavy industrial vehicles such as bulldozers and diggers (backhoes in US English). The initials, displayed in heavy black type on bright yellow paintwork, are so familiar that many people refer to all similar machines as JCBs, regardless of their manufacturer".


gambar hiasan


Langkah Kedua
Pokok-pokok yang tak mampu dikerjakan oleh JCB (pokok yang besar dan gagah) haruslah ditebang. Kita kena dapatkan khidmat penebang pokok profesional sebab mereka ni berkemahiran. Upah tebang sebatang pokok dalam linkungan RM100.00 - RM150.00 bergantung pada kadar kesusahan dan saiz pokok. Peralatan digunakan cuma "Gergaji Berantai" atau "Chain Saw".


gambar hiasan


Langkah Ketiga
Bolehlah dilakukan pembakaran jika mahu. Dapat jugak dibuat baja. Kalau nak biarkan reput sendiri pun tak menjadi masalah. Jika anda perlu membakarnya pastikan apinya dijaga sepanjang masa. Jangan dibiarkan api marak tanpa kawalan takut merebak ke tanah jiran sebelah. Panjang ceritanya nanti.

gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...